Tinggal
The countdown is over!
lagi
Alomaid ditubuhkan dengan misi sosial yang jelas untuk menyediakan penyelesaian pasaran bebas dalam menyelesaikan isu Pembantu Rumah Tangga Indonesia di Malaysia yang dibelenggu dengan isu kelegapan, ketidaktelusan, ketidakcekapan kos, ketidakpatuhan undang-undang dan pencabulan hak asasi manusia.
Misi
Untuk mendapatkan Pembantu Rumah Tangga Indonesia
secara beretika untuk keluarga Malaysia dan mewujudkan
parameter untuk menyediakan keadaan kerja yang kondusif.
Visi
Untuk menyediakan penyelesaian pasaran bebas untuk menyelesaikan isu pengambilan Pembantu Rumah Tangga yang tidak beretika.
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Produk dan Teknologi
Ketua Pertumbuhan dan Operasi
Ketua Perunding Alomaid
Perunding Alomaid
Pentadbiran dan Penyelarasan
Pemasaran
Pembangun Aplikasi
Pereka UIUX
Penyelaras Indonesia
Perunding Alomaid
Perunding Alomaid
Perunding Alomaid
Perunding Alomaid
Perunding Alomaid
Pencipta Kandungan
Pemasar Digital
Alomaid menyaring semua Pembantu Rumah Tangga Indonesia melalui proses pemeriksaan komprehensif yang merangkumi pemeriksaan latar belakang, penilaian kemahiran, dan sesi temu duga. Ini memastikan bahawa hanya calon yang berkelayakan sahaja yang tersedia untuk pemilihan di platform kami.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan Pembantu Rumah Tangga Indonesia, termasuk mengemas & memasak di rumah, penjagaan warga tua, dan penjagaan kanak-kanak. Platform kami membolehkan anda mencari calon yang sesuai untuk membantu keperluan isi rumah anda.
Pendaftaran adalah mudah! Hanya daftar akaun di platform kami, pilih calon anda dari profil yang telah disaringkan, membuat temu janji melalui platform kami dan akhir sekali mendapatkan calon pilihan anda dengan sokongan kami yang mencakupi semua aspek undang-undang dan logistik.
Ya, anda boleh menemu bual sehingga tiga (3) calon untuk memastikan ia adalah padanan yang terbaik untuk isi rumah anda. Platform kami memudahkan penjadualan temu duga untuk membantu anda dalam proses pemilihan.
Alomaid menawarkan Jaminan Penggantian melalui Alomaid Protect yang sah dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh berkuat kuasa Kontrak Pekerjaan.
Jika pembantu rumah anda perlu diganti, anda boleh membuat permohonan untuk satu penggantian dalam tempoh sah dua tahun, memastikan pengurusan rumah tangga anda berjalan lancar tanpa gangguan.
Ya, perkhidmatan Alomaid Atlas kami menawarkan rangkaian perkhidmatan pengurusan yang komprehensif termasuk pembaharuan kontrak, pembaharuan permit, pendaftaran PERKESO, dan insurans, demi memastikan anda mendapat sokongan penuh dalam menguruskan Pembantu Rumah Tangga Indonesia anda.
Alomaid menyediakan sokongan penuh dalam menangani semua aspek undang-undang dan logistik dalam pengambilan Pembantu Rumah Tangga Indonesia, termasuk permit kerja, kontrak, dan pematuhan dengan undang-undang pekerjaan tempatan bagi memastikan proses yang lancar dan bebas daripada masalah untuk majikan dan pembantu.
Alomaid terkehadapan kerana komitmennya terhadap amalan beretika, profil berdaftar yang ramai dengan lebih daripada 10,000 calon mahir, dan platform inovatif yang memastikan ketelusan dan kemudahan penggunaannya. Selain itu, kami menawarkan pengalaman yang lancar untuk kedua-dua majikan dan Pembantu Rumah Tangga Indonesia dengan bantuan sokongan dan perkhidmatan komprehensif.
Masa pemprosesan untuk Pembantu Rumah Tangga Indonesia berbeza-beza, kebiasaannya antara 12 hingga ke 14 minggu bekerja. Alomaid bekerja keras untuk mempercepatkan proses ini, dengan mengendalikan semua dokumentasi dengan cekap dan memastikan pelanggan dikemas kini sepanjang masa.
Alomaid memartabat pekerjaan beretika melalui pemilihan yang telus dan secara terus (tanpa pengantara), menyarankan dasar gaji yang adil, dan memastikan keadaan kerja yang sesuai. Kami memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan piawaian buruh, melindungi hak dan kesejahteraan Pembantu Rumah Tangga Indonesia, dan memupuk persekitaran kerja yang manusiawi.
Rakan terbaik anda dalam mencari Pembantu Rumah Tangga Indonesia yang beretika
Hak cipta terpelihara @ 2023 Alomaid